Apa Ada Pada Nama?



Hai. Jika anda perasan, di dalam blog ini saya memperkenalkan diri saya sebagai Marie-Anne Bennett. Namun, haruslah diketahui bahawa saya ini bukanlah berketurunan Inggeris. Dan lupakanlah sebarang hasrat untuk membangkitkan aspek nasionalisme jika ada. Ada sebabnya saya memilih nama ini, bukan kerana merasakan bahawa nama Inggeris lebih urban dan ada kelas. 

Saya meminati novel "Pride and Prejudice" tulisan penulis Inggeris yang tersohor, Jane Austen. Dan, nom de plume saya ini adalah diinspirasikan dari salah satu watak dalam novel ini - Mary Bennet. Pada watak ini saya melihat sebahagian besar diri saya. Saya sekadar orang biasa, tidak punya apa-apa yang boleh dibanggakan, dan saya punya kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. 

Nama sebenar saya? Biarlah orang yang lebih mengenali saya secara peribadi dan selalu bertentang mata dengan saya sahaja yang mengetahuinya.

Dan biarlah tulisan di dalam blog ini saja yang menyimpulkan, sedikit demi sedikit, siapa jasad yang berselindung di sebalik tabir. 

p/s Bahasa pengantar blog ini adalah bahasa Melayu. Saya mempunyai satu lagi blog, dan blog ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar - The Psychotic Kid